top of page

Memperkenalkan Syafeeza, Terapis Bahasa & Pertuturan Headstart Academy yang Baharu!


Terapis Bahasa & Pertuturan Headstart Academy
Terapis Bahasa & Pertuturan Headstart Academy

Syafeeza ialah terapis bahasa & pertuturan yang bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga untuk meningkatkan kemahiran komunikasi individu dalam kehidupan seharian. Syafeeza berpengalaman dalam mengendalikan pemeriksaan, sesi terapi dan konsultasi yang berkaitan dengan masalah perkembangan bahasa dan pertuturan.


Selain itu, Syafeeza juga berpengalaman mengendalikan individu seperti Autism, masalah perhatian (ADHD), sindrom Down, masalah pendengaran, masalah pembelajaran (disleksia), afasia, lain lain lagi. Syafeeza mengaplikasikan praktis berasaskan bukti sambil mengambil kira pandangan dan cadangan daripada ibu bapa/penjaga untuk mewujudkan suasana komunikasi yang lebih harmoni di rumah.


Syafeeza berpengalaman dalam bidang klinikal semenjak tahun 2020 dengan pengawasan rapi daripada terapis Bahasa & pertuturan yang berdaftar dan berpengalaman, merangkumi persekitaran hospital, pusat swasta dan sekolah.


Syafeeza menawarkan servis terapi pertuturan kepada individu daripada semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang mempunyai masalah bahasa dan pertuturan. Syafeeza percaya bahawa semua individu berhak untuk berkomunikasi & komunikasi yang berkesan mampu mewujudkan persekitaran yang lebih baik.



39 views0 comments

Comentarios


bottom of page